nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
dwarf | kerdil | Perubatan | Tiada | Orang yang saiznya luar biasa kecil. |
mesoscopic | mesoskopik | Fizik | Nanoteknologi | Sistem yang saiznya berada dalam julat sekitar 10(2) nm - 10(3) nm, iaitu antara sistem mikroskopik dengan makroskopik. Sistem ini mengandungi ribuan atom atau molekul yang dapat berinteraksi secara mekanik kuantum. Walaupun sistem mesoskopik bersaiz kecil, sistem ini mengandungi atom atau molekul yang mencukupi untuk menentukan purata ketumpatan, cas, suhu, entropi, dan lain-lain. |
planetesimal | planetesimal | Matematik | Tiada | Jasad kecil yang saiznya, antara kurang daripada satu milimeter hingga beberapa kilometer, yang dianggap sebagai membentuk planet dalam sistem suria melalui proses akreasi. |
micromandible | mikromandibel | Perubatan | Tiada | Mandibel yang tersangat kecil saiznya. |
microcyte | mikrosit | Perubatan | Tiada | Eritrosit yang sangat kecil saiznya, berdiameter 5 mikron atau kurang. |
fleck | rintik | Biologi | Patologi | Gejala berupa bintik yang saiznya lebih kecil. Gejala ini biasanya terdapat pada daun yang disebabkan oleh virus. |
right angle | sudut tegak | Matematik | Tiada | Sudut yang saiznya 90o. |
needle file | kikir kecil | Kesenian | Tiada | Kikir yang kecil saiznya untuk membuat kerja-kerja yang halus dan rumit. |
tweezer | penyepit kecil | Kesenian | Tiada | 2. Penyepit yang kecil saiznya untuk memegang atau menyepit sesuatu benda yang kecil dan halus. |