Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.laj] | سيلج

Definisi : (Tani) makanan ternakan berupa tanaman spt rumput dan jagung yg masih hijau yg disimpan di dlm silo, biasanya digunakan sbg makanan lembu pd musim sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silaj


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corn silagesilaj jagungVeterinarTiadaSilaj yang diperbuat daripada keseluruhan pokok jagung. Biasanya, jagung ditanam dan dipotong sebelum biji buahnya masak untuk dijadikan silaj. Bahan ini mengandungi tenaga sebanyak 10.5 MJ/kg dan protein kasar 10.5% serta sesuai dijadikan sebagai makanan lembu tenusu. Lihat juga silaj.
silosiloPertanianAgronomi

 Bekas seperti tong plastik yang besar dan kedap udara serta digunakan untuk menyimpan silaj. Di sesetengah negara, silaj dibina setinggi 30 meter menggunakan bahan binaan seperti simen atau logam. Silo boleh juga dibina di dalam tanah seperti silo parit.

silagesilajVeterinarTiadaBahan tanaman segar yang diperam untuk kegunaan pada musim kekurangan makanan seperti kemarau dan banjir. Bahan tanaman dipotong pada saiz tertentu dan disimpan dalam ruang kedap udara dan dimampatkan bagi mewujudkan keadaan anaerobik. Pada mulanya, sel-sel bahan tanaman akan mengalami proses respirasi yang menghasilkan asid laktik dan haba. Proses fermentasi seterusnya dilaksanakan oleh bakteria anaerobik sehingga menjadi stabil pada pH 4-4.5. Keadaan ini diperoleh selepas 21 hari bahan tanaman diperam. Sesetengah bahan tanaman yang kurang mengandungi karbohidrat terlarut perlu ditambah dengan sumber karbohidrat mudah larut seperti molases, dedak padi dan ubi kayu untuk menghasilkan silaj yang baik. Bahan ini akan kekal dan tidak menjadi busuk atau reput selagi tidak terdedah kepada udara. Silaj biasanya dibuat di dalam bekas atau silo yang tertutup supaya udara tidak boleh keluar masuk. Bahan-bahan tanaman yang boleh dijadikan silaj ialah seperti rumput, pelepah kelapa sawit, tanaman jagung dan kenaf.
tower silosilo menaraVeterinarTiadaTempat menyimpan silaj atau bahan makanan ternakan yang diperbuat daripada konkrit, batu-bata atau logam yang berbentuk bulat dan tinggi. Biasanya, digunakan untuk pengeluaran silaj dan bahan makanan ternakan secara besar-besaran. Silo jenis ini lebih popular kerana mudah dikendalikan dan dihubungkan dengan sistem pemberian makanan automatik.
silagesilajPertanianAgronomi

 Makanan ternakan berasaskan daun atau rumput yang dipadatkan dan ditempatkan di dalam bekas kedap udara, supaya proses penapaian anaerobik dapat berlaku. Proses ini merendahkan pH bahan itu untuk mengelakkannya daripada serangan kulat dan bakteria. Silaj mengambil masa lebih kurang 21 hari untuk disempurnakan.

bunker silosilo kekubuVeterinarTiadaTempat simpanan silaj berbentuk kubu. Ia mempunyai tiga bahagian dinding dan berlantai konkrit, mempunyai lebar dan ketinggian yang disesuaikan dengan saiz traktor bagi pemunggahan rumput untuk memproses silaj. Dalam proses ini rumput ditutup dengan lapisan plastik supaya persekitarannya menjadi anerobik.
plastic bag silosilo beg plastikVeterinarTiadaBeg plastik berbentuk tiub yang digunakan untuk menyimpan foraj dalam pembuatan silaj. Beg plastik ini mestilah tebal dan kuat supaya udara atau gas tidak mudah keluar masuk atau mudah terkoyak. Hal ini perlu supaya keadaan anaerobik dapat diwujudkan bagi menghasilkan silaj yang berkualiti.
silagesilajPertanianTiadaTiada
haylagesilaj rumput keringVeterinarTiadaTiada
silagesilajVeterinarTiadaTiada
1234

Kembali ke atas