aspirin | aspirin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H8,04; nama dagang, Aspirin, Aspro, Empirin; nama kimia, asid asetil sali silik. Hablur atau serbuk putih, tanpa bau, rasa pahit sedikit, dan stabil dalam udara kering. Aspirin terhidrolisis kepada ion salisilat oleh esterase yang terdapat dalam banyak tisu, terutamanya dalam hati dan merupakan salah satu ubat yang paling meluas penggunaannya dalam terapi, terutamanya sebagai analgesik, antipiretik dan antiradang. Bahan ini digunakan dalam dos rendah, iaitu 0.3 g - 1.0 g setiap 3 atau 4 jam secara oral dan digunakan secara meluas untuk menghalang penggumpalan darah dalam arteri koronari bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Bahan ini juga digunakan secara meluas untuk merawat penyakit artritis. Bahan ini merupakan alergen dan mungkin menyebabkan perdarahan. Dos sebanyak 10 g mungkin membawa maut. Kesan sampingan termasuk masalah perut dan usus (ulser), perdarahan, dan bunyi dalam telinga. Penggunaan dos yang tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah peng- gumpal |
dehiscent fruit | buah bengang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Buah yang terbuka apabila matang dan kering untuk membebaskan biji. Terdapat beberapa jenis buah bengang, iaitu jenis kapsul seperti buah getah (Hevea brasiliensis) dan remunggai (Moringa oleifera), jenis folikel seperti hempedu bumi (Andrographis paniculata), jenis lenggai seperti gelenggang (Senna alata) dan jenis silik seperti sawi (Brassica juncea) dan selada air (Nasturtium officinale). |