Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stimulan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
sparteine poisoningkeracunan sparteinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sparteina (formula kimia, C15H26N2), iaitu cecair berminyak likat, larut dalam air, etanol, kloroform dan eter. Alkaloid ini diperoleh daripada kekacang lupin kuning (Lupinus luteus) dan kekacang lupin hitam (Lupinus niger), yang digunakan dalam perubatan sebagai stimulan jantung dan dalam rawatan awal pelahiran. Tanda utama keracunan ialah denyutan lemah, pernafasan tertekan, konvulsi dan paralisis. Kepekatan terapeutik ialah 0.5 �g /mL - I �g /mL

Kembali ke atas