roof tile | genting | Kesenian | Seni Bina | Kepingan leper atau melengkung yang digunakan sebagai penutup bumbung rumah. Bahan asas untuk menghasilkan genting biasanya diperbuat daripada tanah liat. Namun, dengan kepesatan teknologi yang berlaku, genting kini diperbuat daripada bahan seperti konkrit dan bahan-bahan ciptaan baharu yang lain. Kualiti bahan mentah yang digunakan untuk membuat genting seharusnya baik supaya dapat meminimumkan kadar serapan air dan mengelakkan kebocoran apabila hujan lebat. |
tile | jubin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Genting bumbung tanah liat bakar, konkrit, logam ataupun simen asbestos, yang mempunyai pelbagai bentuk dan ukuran. |
critical depth | kedalaman genting | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketinggian potongan tegak pada tanah jeleket yang maksimum sebelum ia memerlukan penahanan kayu.,2. Kedalaman air yang mengalir dalam saluran terbuka di bawah keadaan aliran genting. |
base level | aras dasar | Geologi | Tiada | 1. Aras teori yang mengawal had sesebuah sungai boleh merendahkan alurnya atau hakisan fluvium ke atas permukaan tanah.,2. Satah genting hakisan atau pemendapan yang diwakili oleh aras sungai di benua dan oleh dasar arus atau gelombang di laut. |
ridge tile | genting perabung | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |