breve | bref; tanda singkat | Kesusasteraan | Tiada | 2.Tanda ringkas yang diletakkan di atas vokal untuk menyatakan vokal itu padu atau ringkas. |
benzine poisoning | keracunan benzina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmon |
quinidine poisoning | keracunan kuinidina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kuinidina, iaitu ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat ritma jantung yang tak seragam. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan loya. Keracunan akut menyebabkan tinitus, sakit kepala, loya, cirit-birit, pening, tekanan darah menurun dengan teruk sehingga hilang denyutan, nistagmus, bradikardia, dan kegagalan pernafasan. Keracunan kronik menyebabkan trombositopenik purpura yang mungkin teljadi selepas penggunaan kuinidina dalam masa yang singkat. Selepas pulih, dos tunggal 0.05 g - 0.1 g akan menyebabkan teljadi semula tanda purpura. Demam, urtikaria, pengelupasan, dan tindak balas anafilaksis mungkin berlaku. Dos maut mungkin serendah 0.2 g. Penemuan patologi dalam kematian akut tidak mempunyai ciri tertentu. |
ethanol poisoning | keracunan etanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit. |