video teleconferencing (VTC) | telesidang video | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persidangan berasaskan video. Telesidang video boleh berplatform web, mudah alih, komputer meja, televisyen atau kemudahan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Contoh telesidang video menggunakan telekomunikasi ialah Very Small Aperture Terminal (VSAT). Lihat juga telesidang, sidang web. |
teleconferencing | telesidang | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
teleconference | telesidang | Komputer | Tiada | Tiada |
teleconference | telesidang | Pendidikan | Tiada | Sistem komunikasi yang menghubungkan peserta di tempat yang berasingan dengan menggunakan suara dua hala, video dan/atau komputer. |
teleconferencing | telesidang | Pentadbiran | Tiada | Perbincangan serentak antara beberapa pihak yang berada di tempat yang berbeza dengan menggunakan perantaraan telefon. |
teleconference | telesidang | Komunikasi | Tiada | Tiada |
tele-conferencing | telesidang | Komunikasi | Tiada | Sistem teknologi satelit yang membolehkan individu yang berada di tempat berasingan melakukan perbincangan secara langsung dan serentak sama ada secara audio atau visual. |
delayed teleconference | telesidang tertunda | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis komunikasi berkumpulan dalam talian yang membenarkan komen peserta dirakam secara berjujukan tetapi tindak balas terhadapnya dirakamkan kemudian. |
teleconferencing network | rangkaian telesidang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |