affiliate reservation network | rangkaian tempahan gabungan/jaringan tempahan gabungan | Pelancongan | Tiada | Siri tempahan yang digunakan bersama-sama oleh ahli gabungan hotel atau agensi pelancongan. |
reservation inquiry | pertanyaan tempahan | Pelancongan | Tiada | Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan maklumat sebelum tempahan dibuat atau pertanyaan mengenai status tempahan yang telah dibuat. |
reservation number | nombor tempahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aksara yang ditetapkan oleh sistem komputer bagi setiap tempahan atau operator mungkin memasukkan nombor tempahan yang mengikut abjad, abjad-angka atau angka. |
franchise position | kedudukan tempahan | Komunikasi | Korporat | Halaman dalam media cetak atau ruang masa siaran tertentu dalam media elektronik yang digunakan untuk penerbitan atau penyiaran sesuatu iklan melalui kaedah tempahan oleh pihak agensi pengiklanan dengan persetujuan pihak penerbit. Dalam media cetak, halaman tersebut digunakan untuk menerbitkan iklan secara berterusan pada halaman yang sama sehingga tempoh tempahan berakhir. Kaedah yang sama juga digunakan dalam media elektronik kerana iklan akan terus disiarkan pada masa yang sama sepanjang tempoh tempahan. Kedudukan ruang dan masa yang ditempatkan boleh diperbaharui atas persetujuan agensi pengiklanan dan penerbit. Pada kebiasaannya, tempoh kedudukan tempahan minimum bagi setiap penerbitan iklan di Malaysia adalah sebulan. |
bai‘ istisna’ | bai‘ istisna’/jual beli tempahan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat. |
booking | tempahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempahan: Keadaan bilik atau ruang hotel yang ditempah oleh individu atau kumpulan untuk penginapan atau sesuatu acara. |
الإستضاع | akad tempahan | Agama Islam | Fiqh | Tempahan sesuatu barang dengan pihak pengusaha. |
scattershot reservation | tempahan berselerak | Pelancongan | Tiada | Tempahan yang dibuat tanpa ditentukan tempat duduk. |
sukuk istisna | sukuk istisna’ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip istisna’. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan pembuatan pertukangan seperti bangunan perumahan, jalan raya dan mesin. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu pertama harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk. Cara kedua, iaitu sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sinonim bon istisna’. |
sukuk salam | sukuk salam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip salam. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan barang makanan seperti minyak, gandum dan pelbagai makanan lain. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara berikut: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. Pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii. Setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk dan sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sukuk salam berbeza dengan sukuk istisna’ dalam aspek kaedah bayaran dan kaedah penyerahan aset. Sinonim bon salam. |