sprain tendon | terseliuh | Veterinar | Tiada | Tiada |
sprain muscle | terseliuh | Veterinar | Tiada | Tiada |
rubefacient | rubefasien | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan aliran darah ke permukaan kulit untuk membantu penyembuhan seperti terseliuh dan sakit otot. Contoh herba ini ialah sebung atau capar, cengkih, kayu putih, bawang putih, halia, minyak pepermin, lada hitam dan lada benggala. |
rubefacient | ubat gosok | Herba | Pemiawaian | Sediaan herba yang digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah pada anggota yang terseliuh atau melegakan sakit otot. Contohnya, minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra) dan minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus). |
massage | urut | Herba | Fitoterapi | Perbuatan mengosok dan memicit anggota badan. Urut bertujuan untuk merangsang peredaran darah, meredakan tekanan dan memulihkan urat yang tegang atau sendi terseliuh. |
Kecubung | Datura metel | Pertanian | Tiada | Sejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi. |
Datura metel | kecubung | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi. |
Crinum asiaticum | Jenis beri Bakong, bunga tembaga suasa | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Amaryllidaceae, dikenali sebagai bunga tembaga suasa daripada spesies jenis herba bebawang dalam, biasanya ditanam sebagai hiasan. Daunnya panjang, tebal dan berbentuk lanseolat. Bunganya terdapat pada jambak yang bertangkai panjang, berwarna putih, berkelopak panjang, melempai dan bercantum pada bahagian pangkal. Daunnya digunakan untuk mengubati bengkak, terseliuh, sakit kepala dan demam. Akar yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka. |
Crinum asiaticum | bakong | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan daripada famili Amaryllidaceae yang dikenali juga sebagai bunga tembaga suasa daripada spesies jenis herba bebawang dalam dan biasanya ditanam sebagai hiasan. Daunnya panjang, tebal dan berbentuk lanseolat. Bunganya terdapat pada jambak yang bertangkai panjang, berwarna putih, berkelopak panjang, melempai dan bercantum pada bahagian pangkal. Daunnya digunakan untuk mengubati bengkak, terseliuh, sakit kepala dan demam. Akar yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka. |
Mimosa pudica | semalu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan rumpai jenis merayap dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai malu-malu dan duri semalu. Semalu tumbuh di kawasan terdedah, kering dan terbiar. Batangnya berkayu liat dan berduri. Daunnya jenis majmuk yang menguncup apabila disentuh. Jambak bunganya jenis kapitulum dan berwarna merah jambu. Buahnya jenis lenggai, leper dan berbulu. Daun semalu dipanaskan sehingga mengeluarkan lendir untuk merawat bengkak dan masalah terseliuh. Air rebusan pokok ini diminum oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah sukar tidur, dan diminum oleh wanita untuk mengecutkan rahim dan vagina. |