Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tor.pé.do] | تورڤيدو

Definisi : (torpédo) 1. senjata gerak sendiri ber-bentuk silinder yg membawa bahan letupan yg dilancarkan dalam air dr kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya; 2. = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapkan dgn torpedo; 3. Id, bp bahagian tengah roda basikal (hab) yg dapat memberhentikan basikal; mentorpedokan menembak dgn torpedo. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tor.pé.do] | تورڤيدو

Definisi : /torpédo/ 1 peluru berbentuk lancip yg dpt melancar di air (biasanya dilepaskan dr kapal selam atau dr kapal terbang). 2 = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapi torpedo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata torpedo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
torpedotorpedoKejuruteraanTiadaTiada
torpedo camerakamera torpedoKomunikasi MassaTiadaTiada
torpedo kicktendangan torpedoSukanTiadaTendangan jarak jauh yang mengakibatkan bola berputar di udara. Tendangan ini dilakukan untuk membuat tendangan keluar.
bombstrike camerakamera torpedoKomunikasi MassaTiadaTiada
paravanepararamKejuruteraanTiadaPeranti berbentuk torpedo yang mempunyai gigi seperti gergaji di sepanjang hujung depannya, ditarik dengan tali dawai di bawah permukaan air oleh kapal untuk memotong kabel periuk api. Sinonim: beberang.
aerodynamicaerodinamikKejuruteraan AutomotifTiadaSifat atau bentuk sesebuah kenderaan seperti bentuk torpedo untuk mengurangkan rintangan udara dan air semasa kenderaan bergerak.
war perilperil perangPentadbiran PerniagaanTiadaDalam insurans marin, istilah ini bermaksud peril tawanan, rampasan, penangkapan, penahanan putera raja, orang awam, orang yang terlibat dalam peperangan, kelengkapan peperangan bom, periuk api, torpedo atau sebarang tindakan bermusuhan.
little tunatuna kecilPerikananTiadaIkan tuna daripada famili Scombridae, iaitu kumpulan ikan pelagik neritik yang bersaiz kecil seperti aya selasih, aya kurik dan aya hitam. Tuna kecil mempunyai bentuk badan seperti torpedo, dua sirip belakang yang terpisah dan berwarna kehitam-hitaman atau kebiruan-biruan mengikut spesies. Ikan ini berhijrah mengikut musim dan terhad di kawasan pantai rantau benua. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut dan pukat jerut. Tuna kecil menggemari umpan tiruan berbentuk ikan atau sotong. Sinonim tongkol kecil. Lihat juga pelagik, neritik.
contrarotating propellerskipas kontraputarKejuruteraanKejuruteraan MekanikSepasang kipas pada aci sepusat yang berputar pada arah bertentangan. Kipas kedua terletak selepas kipas pertama dan berputar pada arah yang berlawanan seterusnya dapat melawan kembali kesan kilas yang dihasilkan oleh kipas biasa. Kipas jenis ini banyak digunakan dalam industri ketenteraan dan persenjataan kapal perang seperti torpedo. Kipas kontraputar dikenali juga sebagai kipas kontraputar sepaksi.

Kembali ke atas