paksi | axis | Garis bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
habitat | habitat | Tempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub | pole | 1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |