baja | fertilizer | Bahan yang ditambah ke dalam tanah atau medium tanaman bagi meningkatkan produktiviti dari segi kualiti dan kuantiti tanaman. Contohnya, baja kimia dan baja organik. | Menengah Rendah |
baja asli | natural fertilizer | Baja yang dihasilkan daripada najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang sudah reput. Contohnya, baja kompos. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
baja | fertilizer | Bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman atau tanah. | Sekolah Rendah |
kompos | compost | Reputan tumbuh-tumbuhan dan sisa organik lain untuk membentuk baja. | Sekolah Rendah |
biopepejal | biosolid | Bahan pepejal atau separa pepejal yang diperoleh daripada sisa air terawat dan sering digunakan sebagai baja. | Menengah Atas |
pereputan | decomposition | Proses pemusnahan sesuatu organisma sehingga hancur secara semula jadi. Contohnya, sisa tumbuhan mengalami pereputan sehingga menjadi baja kompos. | Sekolah Rendah |
kalium | potassium | Unsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan sebagai komponen utama untuk membuat baja. Simbolnya, K. | Menengah Atas |
urea | urea | Sebatian organik yang berbentuk pepejal berhablur, berwarna putih, dan terdapat semula jadi di dalam air kencing. Urea digunakan sebagai baja. | Menengah Atas |
asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |
kaolin | kaolin | Serbuk aluminium silikat yang berwarna putih dan tidak larut dalam air atau asid mineral cair. Kaolin digunakan untuk membuat lepa, simen, baja, racun serangga, dan barang seramik seperti porselin. Ia juga dikenali sebagai tanah liat Cina. | Menengah Atas |