jatuh bebas | free fall | Gerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh berat (daya graviti) yang merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya. | Menengah Atas |
hukum pengaturan bebas | law of independent assortment | Hukum yang menyatakan bahawa semasa pembentukan gamet, setiap kromosom pasangan alel boleh berkombinasi dengan sebarang ahli daripada pasangan alel yang lain. | Menengah Atas |
osmosis | osmosis | Pergerakan bebas molekul air dari kawasan kepekatan bahan terlarut yang rendah ke kawasan kepekatan bahan terlarut yang tinggi, melalui membran separa telap sehingga keseimbangan dicapai. | Menengah Atas |
hidroksil | hydroxyl | Radikal bebas (-OH) yang dibentuk oleh penguraian atom hidrogen daripada air. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
planaria | planaria | Cacing pipih yang hidup bebas, tergolong dalam kelas Turbellaria. | Menengah Atas |
homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
alas bebola | ball bearing | Alas antigeseran yang membolehkan gerakan bebas antara bahagian tetap dan bergerak menggunakan bebola yang terletak di antara lingkaran dalam dan luar. Alas bebola digunakan untuk mengurangkan geseran. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
air suling | distilled water | Air yang diperoleh melalui proses penyulingan, bebas daripada garam-garam terlarut dan sebatian lain. | Menengah Rendah |