Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alergiallergyKerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu alergen.Menengah Atas
mata kasarnaked eyePandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan.Sekolah Rendah
kuadratquadratRangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak.Menengah Atas
ammeterammeterAlat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat RajahMenengah Rendah
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat.Menengah Atas
bintang raksasagiant starBintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km.Menengah Rendah
cuaca melampauextreme weatherKeadaan cuaca yang sangat berbeza daripada cuaca yang biasa. Contohnya, cuaca yang terlampau panas atau terlampau sejuk.Sekolah Rendah
sinaranradiationTenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-X, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.Menengah Atas

Kembali ke atas