kesan berbahaya | harmful effect | Perihal kesan yang tidak selamat dan boleh memberi akibat buruk kepada persekitaran dan kesihatan. | Sekolah Rendah |
bahan pencemar | pollutant | Bahan kimia yang menyebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan persekitaran. Contohnya, logam berat dan racun perosak. | Menengah Rendah |
kolesterol | cholesterol | Sejenis lipid yang terdapat dalam tisu haiwan dan pelbagai makanan, yang dikatakan mempunyai kesan buruk pada sistem peredaran darah. Tahap kolesterol yang tinggi dalam aliran darah boleh menyebabkan penyakit arteri koronari. | Menengah Atas |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |