akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
diafragma | diaphragm | 1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera. | Menengah Atas |
pertunasan | budding | Proses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk. | Menengah Rendah |
diafragma | diaphragm | Tisu yang terdiri daripada otot yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen. | Menengah Rendah |
alkil | alkyl | Kumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1. | Menengah Atas |
penapis | sieve | Alat untuk mengasingkan bahan pepejal daripada larutan atau partikel halus daripada partikel yang lebih kasar. | Sekolah Rendah |
reput | decay | Perihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
plasma | plasma | Cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%). | Menengah Rendah |
getah | rubber | Bahan kenyal dan elastik sama ada daripada getah asli yang diperoleh daripada susu pokok getah atau bahan tiruan. Contohnya, tayar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bunga pakma | rafflesia | Bunga daripada tumbuhan yang tidak mempunyai batang, daun atau akar. Bunga pakma mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpanginya. Bunga ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |