peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |
nimfa | nymph | Serangga bersaiz kecil yang menyerupai bentuk seperti serangga dewasa dan mengalami perubahan dalam kitaran hidup yang belum lengkap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fetus | foetus | Embrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas. | Menengah Rendah |
metamorfosis | metamorphosis | Siri perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup serangga dari peringkat awal sehingga dewasa. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |