tindak balas gelap | dark reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku ketika ketiadaan cahaya, melibatkan penurunan karbon dioksida dan penceraian air, menggunakan tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |
bayang-bayang | shadow | Bahagian gelap yang terbentuk apabila objek legap menghalang sinaran cahaya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
melanin | melanin | Pigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino. | Menengah Atas |
tompok matahari | sunspot | Bahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari. | Menengah Rendah |
bitumen | bitumen | Bahan berasaskan petroleum yang berbentuk pepejal atau cecair likat, berwarna gelap, sukar terbakar dan larut di dalam karbon disulfida. Bitumen digunakan sebagai bahan penurap jalan atau bumbung. | Menengah Rendah |
cahaya | light | Sinar terang daripada sumber cahaya seperti matahari atau lampu, yang membolehkan kita melihat dalam gelap. | Sekolah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
gerhana bulan | eclipse of the moon | Kejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |