hukum tekanan | pressure law | Hukum yang menyatakan bahawa tekanan gas berkadar terus dengan suhu pada jisim dan isi padu yang tetap, iaitu tekanan berkadar terus dengan suhu mutlak. | Menengah Atas |
hukum Ohm | Ohm law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar. | Menengah Atas |
hukum Mendel | Mendel law | Hukum berkenaan prinsip genetik mengenai ciri-ciri pewarisan. | Menengah Atas |
hukum Lenz | Lenz law | Hukum yang menyatakan bahawa arah aliran sentiasa memberikan arus aruhan tentangan pada perubahan fluks mangnet. | Menengah Atas |
hukum Hooke | Hooke law | Hukum yang menyatakan bahawa hubungan pemanjangan dan pemampatan sesuatu bahan kenyal berkadar terus dengan daya yang dikenakan. | Menengah Atas |
hukum Faraday | Faraday law | Hukum yang menyatakan bahawa magnitud arus aruhan adalah berkadar langsung dengan kadar pemotongan fluks magnet atau kadar perubahan fluks magnet. | Menengah Atas |
hukum Ohm | Ohm’s law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan. | Menengah Rendah |
hukum segregasi | law of segregation | Hukum yang menyatakan bahawa ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada alel ini akan diwariskan dalam gamet. | Menengah Atas |
hukum pengaturan bebas | law of independent assortment | Hukum yang menyatakan bahawa semasa pembentukan gamet, setiap kromosom pasangan alel boleh berkombinasi dengan sebarang ahli daripada pasangan alel yang lain. | Menengah Atas |