peringkat kanak-kanak | childhood | Tempoh masa perkembangan kanak-kanak antara umur tiga tahun hingga 13 belas tahun. | Menengah Rendah |
peringkat bayi | infancy | Tempoh masa bagi peringkat awal pembesaran kanak-kanak, iaitu dari awal kelahiran sehingga berumur tiga tahun. | Menengah Rendah |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut. | Menengah Atas |
gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |