kasar | rough | Permukaan objek yang kesat dan tidak rata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |
mikroorganisma | microorganism | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bakteria | bacteria | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. | Sekolah Rendah |
mikroorganisma | microorganism | Organisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus. | Menengah Rendah |
mikroorganisma | microorganism | Organisma halus yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Di antara organisma ini termasuklah bakteria, virus, alga, protozoa dan yis. | Menengah Atas |
penapis | sieve | Alat untuk mengasingkan bahan pepejal daripada larutan atau partikel halus daripada partikel yang lebih kasar. | Sekolah Rendah |
cahaya tampak | visible light | Sinaran elektromagnet yang mempunyai julat panjang tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar. | Menengah Atas |
kodok | toad | Haiwan tidak berekor dengan badan yang gempal dan kaki yang pendek, biasanya mempunyai kulit yang kasar dan menggerutu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |