susu getah | latex | Bendalir yang keluar daripada pokok seperti pokok getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar jangkang | stilt root | Akar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
udara hembusan | exhaled air | Udara yang dilepaskan keluar dari paru-paru semasa pernafasan. | Menengah Rendah |
pengudaraan | aeration | Proses pergerakan udara masuk dan keluar. | Menengah Rendah |
nafas | breath | Udara yang disedut atau dihembus keluar melalui organ pernafasan. | Sekolah Rendah |
ekor | tail | Bahagian tulang belakang yang menganjur keluar dari punggung dan dapat digerak-gerakkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
zarah beta | beta particle | Zarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya. | Menengah Atas |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
akar banir | buttress root | Akar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
liang peluh | sweat pore | Bukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |