air lembut | soft water | Air yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip. | Menengah Rendah |
air lembut | soft water | Air yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun. | Menengah Atas |
kapas | cotton | Bahan lembut dan berwarna putih yang meliputi biji pokok kapas. Kapas biasanya digunakan untuk membuat kain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kalsium | calcium | Unsur logam yang lembut berwarna kelabu yang menghasilkan garam bila bertindakbalas dengan asid. Unsur ini juga penting dalam diet manusia. Kekurangannya memberi kesan negatif kepada pembentukan tulang dan gigi. Formula Ca. | Menengah Rendah |
wul kapas | cotton wool | Bahan lembut yang berwarna putih dan diperbuat daripada kapas mentah. Wul kapas biasanya digunakan untuk membersihkan luka. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cacing | worm | Haiwan invertebrat yang berbadan lembut, panjang dan berbentuk silinder atau pipih, hidup di dalam tanah, sungai atau laut. Contohnya, cacing gelang dan cacing kerawit. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
herba | herbs | Tumbuhan kecil yang batangnya lembut, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. | Menengah Atas |
plumbum | lead | Unsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala. | Menengah Rendah |
bulu | fur | Rambut yang halus, pendek dan lembut pada sesetengah haiwan. Contohnya, bulu kucing. | Sekolah Rendah |
tanah liat | clay | Tanah yang berwarna kelabu dan lembut, melekit apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan. Tanah ini biasanya digunakan untuk membuat tembikar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |