licin | smooth | Sifat sesuatu permukaan yang membolehkan objek bergerak dengan lancar. Contohnya, marmar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
berlilin | waxy | Keadaan permukaan yang berkilat, licin dan bersifat kalis air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
berlendir | slimy | Keadaan sesuatu yang diliputi cecair yang pekat, licin dan melekat. Contohnya, telur katak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pokok semarak api | flame of the forest | Sejenis tumbuhan berbatang licin, mempunyai bunga berwarna merah jingga dan buah berbentuk seperti kacang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
grafit | graphite | Alotrop karbon yang berwarna kelabu atau hitam, lembut, licin, dan merupakan konduktor elektrik yang baik. | Menengah Atas |
astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sistem autonomik | autonomic system | Sistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium, otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terdiri daripada saraf simpatetik, sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik. | Menengah Atas |
alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat Rajah | Menengah Rendah |