jangka masa detik | ticker-timer | Peranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hari | day | Masa yang diambil oleh bumi untuk berputar pada paksinya. Tempohnya dari terbit matahari hingga terbit matahari sekali lagi iaitu, selama 24 jam. | Sekolah Rendah |
tempoh | period | Masa yang diambil oleh suatu jasad untuk satu ayunan atau getaran lengkap. | Menengah Atas |
peringkat remaja | adolescence | Tempoh masa bagi peringkat perkembangan manusia antara 13 tahun hingga 20 tahun. | Menengah Rendah |
peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |
peringkat bayi | infancy | Tempoh masa bagi peringkat awal pembesaran kanak-kanak, iaitu dari awal kelahiran sehingga berumur tiga tahun. | Menengah Rendah |
setengah hayat | half-life | Masa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk mereput sehingga kuantitinya tinggal sebanyak setengah daripada kuantiti asalnya. Tempoh setengah hayat bagi setiap isotop radioaktif adalah berbeza. | Menengah Atas |
tempoh kehamilan | gestation period | Jangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran. | Menengah Rendah |
peringkat kanak-kanak | childhood | Tempoh masa perkembangan kanak-kanak antara umur tiga tahun hingga 13 belas tahun. | Menengah Rendah |
fotoget | photogate | Alat untuk mengukur masa antara peristiwa yang diganggu oleh alur inframerah. | Menengah Atas |