sistem tatanama binomial | binomial system of nomenclature | Sistem tatanama organisma dalam bahasa Latin yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada nama genus, manakala bahagian kedua merujuk kepada nama spesies. | Menengah Atas |
paramesium | paramecium | Sejenis hidupan akuatik unisel yang berbentuk bujur. Organisma ini biasanya memakan bakteria. Nama saintifik Paramecium sp. | Menengah Rendah |
zodiak | zodiac | Garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama dua belas buruj. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
emas | gold | Sejenis mineral semula jadi yang berwarna kuning terang dan tidak teroksida dalam udara atau air. Emas ialah unsur kimia yang kurang reaktif. Nama saintifiknya aurum. | Menengah Rendah |
euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ameba | amoeba | Sejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |