bulu | fur | Rambut yang halus, pendek dan lembut pada sesetengah haiwan. Contohnya, bulu kucing. | Sekolah Rendah |
umbisi | corm | Dasar batang yang bersaiz besar, pejal, beruas pendek dan dikelilingi oleh lapisan sisik atau daun. Contohnya, bawang. | Menengah Rendah |
asma | asthma | Penyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan. | Menengah Rendah |
sinar-X | X-ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10-10 hingga 10-7 meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan. | Menengah Atas |
kodok | toad | Haiwan tidak berekor dengan badan yang gempal dan kaki yang pendek, biasanya mempunyai kulit yang kasar dan menggerutu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X. | Menengah Atas |
profasa | prophase | Peringkat pertama mitosis dan meiosis, iaitu ketika kromosom menjadi jelas, iaitu berbentuk pendek dan tebal sebelum membentuk plat metafasa. | Menengah Atas |
sinar inframerah | infrared ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada cahaya merah, tetapi pendek daripada gelombang mikro. | Menengah Atas |