penglihatan stereoskopik | stereoscopic vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penglihatan monokular | monocular vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penglihatan | sight | Keupayaan untuk melihat atau mengesan cahaya. | Menengah Rendah |
penglihatan | sight | Keupayaan untuk melihat atau mengesan cahaya melalui mata. | Sekolah Rendah |
organ penglihatan | sight organ | Organ yang terdiri daripada sepasang mata dan sangat sensitif atau peka terhadap rangsangan cahaya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
organ deria | sense organs | Organ yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa. | Sekolah Rendah |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sel kon | cone cell | Sel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang. | Menengah Atas |
sel rod | rod cell | Sel saraf mata yang sensitif cahaya, yang berfungsi dalam keadaan yang terbaik dalam cahaya kelam, dan membolehkan penglihatan berfungsi dengan baik pada waktu malam. | Menengah Atas |