kuasa | power | Kerja yang dilakukan dalam satu saat atau kadar perubahan tenaga. Unit bagi kuasa dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) ialah watt. | Menengah Rendah |
frekuensi | frequency | Bilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat. | Menengah Atas |
joule | joule | Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori. | Menengah Rendah |
unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
unit piawai | standard unit | Unit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat. | Sekolah Rendah |
pempasteuran | pasteurization | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskan bahan pada suhu 65°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan segera pada 10°C atau kurang. | Menengah Atas |
jangka masa detik | ticker-timer | Peranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. Lihat Rajah | Menengah Atas |