sinaran | radiation | Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya boleh nampak dan sinar inframerah. | Menengah Rendah |
sinaran | radiation | Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-X, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah. | Menengah Atas |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung. | Menengah Rendah |
pembiasan | refraction | Proses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sinar-X | X-ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10-10 hingga 10-7 meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan. | Menengah Atas |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X. | Menengah Atas |
sinar inframerah | infrared ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada cahaya merah, tetapi pendek daripada gelombang mikro. | Menengah Atas |
cahaya tampak | visible light | Sinaran elektromagnet yang mempunyai julat panjang tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar. | Menengah Atas |
kanta cembung | convex lens | Kanta yang menyebabkan sinaran cahaya tertumpu pada satu titik. Kanta ini lebih tebal di bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikroskop elektron | electron microscope | Mikroskop yang menggunakan sinaran elektron untuk melihat objek yang sangat seni. Mikroskop elektron biasanya digunakan untuk meneliti mikroorganisma dan sel atau melihat struktur logam dan kristal. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |