stil | style | Struktur halus dan panjang yang menghubungkan ovari dan stigma. | Menengah Rendah |
karpel | carpel | Organ pembiakan betina pada tumbuhan berbunga yang terdiri daripada ovari dan stigma yang bersambung melalui stil. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tiub debunga | pollen tube | Tiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul. | Menengah Atas |
tiub debunga | pollen tube | Tiub yang terbentuk daripada debunga apabila debunga melekat pada stigma. Tiub ini menembusi stigma dan stil, dan terus ke ovul di dalam ovari. Tiub debunga menyalurkan gamet jantan ke dalam ovul untuk persenyawaan. | Menengah Rendah |