migrasi | migration | Perpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya. | Menengah Atas |
menumpu | converge | Keadaan cahaya yang menjurus kepada suatu titik selepas melalui suatu kanta cembung. | Menengah Atas |
Teori Letupan Besar | Big Bang Theory | Teori yang mengandaikan bahawa semua jirim dan sinaran dalam alam berpunca daripada suatu letupan besar pada suatu ketika dahulu. | Menengah Rendah |
pentitratan | titration | Suatu teknik makmal yang menggunakan satu larutan piawai alkali untuk menentukan kepekatan suatu larutan asid dengan bantuan penunjuk bagi mengesan takat akhir tindak balas peneutralan. | Menengah Atas |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
musim | season | Suatu tempoh tetap yang berlaku dalam setahun mengikut perubahan iklim. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hipotesis | hypothesis | Suatu pernyataan yang boleh diuji sama ada benar atau tidak melalui eksperimen. | Sekolah Rendah |
fulkrum | fulcrum | Suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bateri | battery | Suatu bekas tertutup yang mengandungi bahan kimia dan boleh menghasilkan elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
radioisotop | radioisotope | Suatu unsur yang mereput dan mengeluarkan sinar radioaktif. | Menengah Atas |