membran timpanum | tympanic membrane | Membran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga. | Menengah Rendah |
osikel | ossicles | Struktur yang terdiri daripada tiga tulang terkecil dalam ruang telinga tengah dan berfungsi untuk memindahkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalam. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pendengaran | hearing | Proses menggunakan telinga untuk mendengar. | Menengah Rendah |
bunyi | sound | Sesuatu yang dapat didengar oleh telinga. | Sekolah Rendah |
pendengaran stereofonik | stereophonic hearing | Keupayaan untuk mendengar menggunakan kedua-dua telinga bagi menentukan arah bunyi dengan tepat. | Menengah Rendah |
koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |
organ deria | sensory organ | Organ yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. | Menengah Rendah |
organ deria | sense organs | Organ yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa. | Sekolah Rendah |
variasi tak selanjar | discontinuous variation | Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga. | Menengah Atas |