Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
litar tertutupclosed circuitLitar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.Menengah Rendah
bateribatterySuatu bekas tertutup yang mengandungi bahan kimia dan boleh menghasilkan elektrik. Lihat RajahSekolah Rendah
pengudaraanventilationProses membekalkan udara segar kepada ruang yang tertutup bagi menyegarkan, membuang dan menggantikan udara yang sedia ada. Pengudaraan lazim digunakan untuk membuang bahan cemar seperti asap, habuk atau wap serta menghasilkan persekitaran yang sihat dan selamat.Menengah Atas
kupu-kupumothSejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat RajahSekolah Rendah
ventilasi udaraair ventilationPergerakan, pengaliran dan kawalan kualiti udara dalam tempat tertutup.Menengah Rendah
barometer aneroidaneroid barometerAlat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas