siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mangsa | prey | Haiwan yang diburu oleh haiwan lain untuk dijadikan sumber makanan. Contohnya, tikus menjadi mangsa kepada ular. | Sekolah Rendah |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |