malam | night | 1. Waktu sesudah matahari terbenam sehingga matahari terbit. 2. Waktu permukaan bumi mengalami kegelapan kerana tidak menerima cahaya matahari. | Sekolah Rendah |
aurora | aurora | Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bintang | star | Objek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam. | Sekolah Rendah |
araknid | arachnid | Haiwan yang mempunyai lapan kaki dan kebanyakannya aktif pada waktu malam. Contohnya, labah-labah, kala jengking dan hama. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tempoh kehamilan | gestation period | Jangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran. | Menengah Rendah |
pupus | extinct | Keadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur. | Sekolah Rendah |
bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
nebula | nebula | Kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam. | Menengah Rendah |
kupu-kupu | moth | Sejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
perut | stomach | Organ pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil. | Menengah Rendah |