warna primer | primary colour | Set warna asas yang tidak dapat dihasilkan daripada penambahan warna-warna cahaya yang lain. Contohnya, merah, biru dan hijau. | Menengah Atas |
buta warna | colour blindness | Perihal kecacatan pada mata yang menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan warna-warna tertentu. Kecacatan ini boleh diwarisi. | Menengah Rendah |
warna sekunder | secondary colour | Warna yang diperoleh dengan mencampurkan dua atau lebih warna utama cahaya. | Menengah Atas |
penolakan cahaya berwarna | subtraction of coloured light | Proses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya. | Menengah Atas |
penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sel kon | cone cell | Sel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang. | Menengah Atas |
kekuningan | yellowish | Warna yang seakan-akan lemon atau kuning telur. | Sekolah Rendah |
asid | acid | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |