Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zink


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
zinkzincUnsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan.Menengah Rendah
sel DaniellDaniell cellSel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat RajahMenengah Atas
penggalvaniangalvanizationProses menyadur permukaan keluli atau besi dengan zink bagi mengelak berlakunya pengaratan.Menengah Rendah
loyangbrassAloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam.Menengah Rendah
gangsabronzeAloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus.Menengah Rendah
penyesaran logammetal displacementPenggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat.Menengah Atas
sel keringdry cellSel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas