berasak | 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asak | padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpit | sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-himpitkan merapatkan berhimpit-himpit; terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdesak | berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersesak | berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersengkelit | berasak-asak, ber-desak-desak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselingkit | berasak-asak, bersesak-sesak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterak-terakan | berasak-asak (kerana penuh dll), berdesak-desak: mereka ~ menghampiri dinding istana utk melihat pertarungan antara dua hulubalang yg terbilang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterak-terak | berasak-asak (kerana penuh dll), berdesak-desak: mereka ~ menghampiri dinding istana utk melihat pertarungan antara dua hulubalang yg terbilang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersesak-sesak | berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |