Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita-cita

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menunaikan cita-citaberusaha men­capaikan cita-cita;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendukung1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendukung1. orang yg mendukung seseorang atau sesuatu: penggendong. 2. orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan.Kamus Pelajar
waja1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras: semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb) kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~; berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya; kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~ semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
idealisme(idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca - tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat ang-kara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
azam Ikemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menam­bah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melaku­kan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hen­dak meneruskan rancangan pembangun­­­an;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kera­jaan utk mempertahankan kedaulatan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecewa(kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
angan; angan-angan 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. berangan-angan mempunyai angan-angan atau cita-cita: Ia ~ hendak menjadi pensyarah sejak di bangku sekolah lagi. mengangan-angankan memikirkan (menggambarkan) sesuatu dlm fikiran; mencita-citakan; mengenangkan: Dia memang ~ jawatan itu sejak dahulu lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cita-cita1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cita-cita1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas