Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
moyangbapa atau ibu kpd datuk: nenek ~ datuk-datuk sebelum kita; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
moyangbapa atau ibu kpd datuk: nenek ~ datuk-datuk sebelum kita; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun.Kamus Pelajar
nenek moyangdatuk-datuk sebelum kita;Kamus Pelajar Edisi Kedua
nenek moyangdatuk-datuk sebelum kita, leluhur.Kamus Dewan Edisi Keempat
moyangbapa atau ibu kpd datuk, nenek kpd bapa atau ibu; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun; nenek ~ datuk-datuk sebelum kita, leluhur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghancurleburkanmenghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosak­binasakan, menjahanamkan, menghancur­musnah­kan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
hancur leburhancur sama sekali (perasaan dll); menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosak­binasakan, menjahanamkan, menghancur­musnah­kan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
Yang Berbahagiarujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat);Kamus Dewan Edisi Keempat
puan II1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penya­kit yg khusus dihidapi orang perempuan ter­utama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin.Kamus Dewan Edisi Keempat
atukbp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas