pengelasan | perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkawanan | berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganas | 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkawan-kawan | berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganas | 1. menjadi ganas; berlaku ganas:Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2. menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. | Kamus Pelajar |
berkawan | 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganas | 1 galak dan suka menyerang (umumnya binatang): Mereka berjaya menangkap dan mengurung harimau yg ~ itu. 2 selalu marah serta dgn bengisnya; tidak bertimbang rasa sama sekali: Raja itu sangat zalim dan ~. mengganas 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. keganasan keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. pengganasan perbuatan mengganas atau hal berlaku ganas: ~ komunis itu telah dpt dipatahkan oleh pasukan tentera. pengganas orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karbonil | ; kumpulan ~ (Kim) kumpulan C=O yg terdapat dlm sebatian spt keton, gula dan asid organik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golong | ; menggolongkan membahagi-bahagikan kpd beberapa kelompok; memasukkan ke dlm kumpulan: Mereka telah ~ para peserta mengikut umur masing-masing. tergolong termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. golongan himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. penggolongan perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |