Maklumat Kata

Puisi
 

Balik sana ruang mengkipan,
     Makan nasi berulam pauh;
Laksana ayam di tambatan,
     Putus tali terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerawat Itali drpd kulit atau rotan (utk mem­bebat beliung dll), simpai (tali) rotan; makan ~ sangat miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
makan dawai (kawat, kerawat, tali)sangat miskin;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikat1 benda (spt tali, benang) yg digunakan utk mengebat atau memberkas: ~ kepala kain dsb yg dibebatkan di kepala; ~ pinggang tali pinggang. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas dgn tali: se~ kayu api; tiga ~ sirih. 3 bingkai drpd logam dsb utk mencengkam sesuatu supaya kemas: ~ kolam bingkai drpd batu yg dipasang di keliling kolam. berikat 1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. pihak ~ persekutuan antara Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dll ketika Perang Dunia Kedua. mengikat 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. ~ nitrogen menukarkan nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia: Tumbuh-tumbuhan jenis kekacang dpt ~ nitrogen dan menyimpannya di dlm bintil akarnya. ~ hati membuat hati jadi tertarik. ~ jamin memberi jaminan. ~ janji membuat perjanjian. ~ perang mengatur pasukan dlm peperangan. ~ perigi memasang tembok atau bingkai di keliling perigi. ~ pertunangan melangsungkan pertunangan; bertunang. ~ perut menahan diri drpd makan kerana hendak berjimat atau hendak menguruskan badan. mengikatkan membuat tali dll menjadi bersimpul atau tertambat pd sesuatu; menyimpulkan; menambatkan: ~ tali pd pancang. terikat 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. ikatan 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. perikatan 1 kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2 perihal berhubung; perhubungan; pertalian. pengikatan 1 perbuatan atau hal mengikat. 2 ist penukaran sesuatu kpd bentuk yg stabil. ~ nitrogen penukaran nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia. pengikat 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
putus1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (keten­tuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, meng­hukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabis­an: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesu­dahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikat1. benda (spt tali, benang dll) yg digunakan utk mengebat atau memberkas: ~ kepala kain dsb yg dibebatkan di kepala; ~ pinggang tali pinggang. 2. penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas dgn tali: se~ kayu api; tiga ~ sirih. 3. bingkai drpd logam dsb utk mencengkam sesuatu supaya kemas: ~ kolam bingkai drpd batu yg dipasang di keliling kolam. berikat 1. ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2. bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. pihak ~ persekutuan antara Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dll ketika Perang Dunia Kedua. mengikat 1. membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2. memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3. ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. ~ nitrogen menukarkan nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia dll melalui proses kimia: Tumbuh-tumbuhan jenis kekacang dpt ~ nitrogen dan menyimpannya di dlm bintil akarnya. ~ hati membuat hati jadi tertarik. ~ jamin memberi jaminan. ~ janji membuat perjanjian. ~ perang mengatur pasukan dlm peperangan. ~ perigi memasang tembok atau bingkai di keliling perigi. ~ pertunangan melangsungkan pertunangan; bertunang. ~ perut menahan diri drpd makan kerana hendak berjimat atau hendak menguruskan badan. mengikatkan membuat tali dll menjadi bersimpul atau tertambat pd sesuatu; menyimpulkan; menambatkan: ~ tali pd pancang. terikat 1. (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2. tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. ikatan 1. cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2. sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3. sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4. kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. perikatan 1. kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2. perihal berhubung; perhubungan; pertalian. pengikatan 1. perbuatan atau hal mengikat. 2. ist penukaran sesuatu kpd bentuk yg stabil. ~ nitrogen penukaran nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia dll melalui proses kimia. pengikat 1. benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2. orang yg mengikat.Kamus Pelajar
mengikat1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
ikat1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~ pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2. bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~ belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~ perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai; ~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb bersatu padu dlm segala hal; berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hen-dak menubuhkan sebuah ~; pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) a) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen (spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; b) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat; pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat
makan1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. me­lukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar­siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pe­ngantin); ~ besar a) jamuan makan beramai­ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan ma­kanan, minuman dsb; b) jamuan makan ber­sama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (fa­edah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (meng­atasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak peng­alaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sen­diri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn me­meras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak me­nurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acap­kali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sering I1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat;Kamus Dewan Edisi Keempat
silaturahimAr = hubungan ~ = tali ~ hubungan persaudaraan (kekeluargaan, persahabatan); bersilaturahim mengadakan hubungan sila­turahim: ada waktu yg lama utk mereka ~ selepas makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas