idah I | sl hantaran oleh seorang laki-laki kpd perempuan sbg tanda mengikat tali percintaan; ~ gelap pemberian tanda percintaan dgn tidak bercadang hendak berkahwin (utk berkendak); ~ terang pemberian tanda percintaan dgn maksud hendak berkahwin; mengidah menyatakan percintaan dgn jalan memberi idah; mengidahkan memberikan sesuatu sbg tanda percintaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percintaan | 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
percintaan | 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percintaan | 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. | Kamus Pelajar |
mengidah | menyatakan percintaan dgn jalan memberi idah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
romantis | berkaitan dgn percintaan dan keĀindahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muhibah | Ar 1. percintaan, kasih mesra: me-lahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghairahan | 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelodakkan | menyebabkan menggelodak: percintaan yg digelodakkan oleh perasaan marah, sedih, dan pilu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahabbah | Ar kasih sayang, percintaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |