terhimpit | 1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhimpit | 1. sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2. ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. | Kamus Pelajar |
kapit | sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia; berkapit ada kapitnya, berpengiring, berpembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~; mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit); terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdesak | 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkepit | terhimpit atau tersepit di bawah ketiak atau di antara dua jari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkapit | terhimpit; tersepit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkepit | terhimpit (di bawah ketiak), tersepit (di antara dua jari): puntung cerut yg ~ di jarinya itu dihisapnya semula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkapit | terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergencet | terhimpit, terjepit, tertindas, tertindih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedempet | terhimpit, tersepit. berdempet berapat-rapat, berdekat-dekat, berdampingan, berhimpit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |