sang I | kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg dimuliakan: S~ Arjuna; S~ Samba; S~ Sepurba; S~ Nata; b) di depan nama benda yg dimuliakan: S~ Saka Merah Putih; S~ Surya; c) di depan nama binatang (dlm cerita-cerita): S~ Kancil; d) bp di depan sesuatu yg dianggap sbg benda hidup: ~ api; e) bp sbg ejekan: ~ menantu; ~ suami; persangan sl orang-orang yg bergelar sang (sbg penghormatan): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang kecil menjemput dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selat I | laut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~ Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman kolonial). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sultan | Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); kesultanan 1. kawasan (wilayah) yg diperintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ululazmi | mempunyai kecekalan dan ketabahan yg kuat ketika menjalankan tugas sbg rasul (gelaran yg diberikan kpd nabi Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Noh a.s.). | Kamus Pelajar |
siti I | 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anakanak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat saudaraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sutan | Mn 1. gelaran kaum bangsawan: berapa banyaknya orang Darat yg berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah; 2. awal nama gelaran: sebenarnya ia bergelar S~ Baginda; bersutan; ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati; bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ululazmi | mempunyai kecekalan dan ketabahan yg kuat ketika menjalankan tugas sbg rasul (gelaran yg diberikan kpd nabi Muhammad SAW, Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Noh a.s.). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suci | 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat keagamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd kekotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pembersihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gapis | sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Saraca declinata, S. indica; dan S. thaipingensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tuba, tuba benar, tuba jenu, tuba putih, tuba rimba, tuba tudung, Derris elliptica; ~ tanjung sj tumbuhan (pokok renek), Croton griffithii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seri II | panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |