Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
falsafahpengetahuan dan penyelidikan ttg sebab-sebab (asas-asas, hukum dll) kewujudan sesuatu ataupun ttg kebenaran dan erti wujudnya sesuatu: ahli ~ orang yg ahli dlm bidang falsafah. berfalsafah 1. berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2. mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah.Kamus Pelajar
ekonomi/ékonomi/ 1. ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2. keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3. urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang dll). 4. tidak boros; hemat. berekonomi 1. menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2. bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi.Kamus Pelajar
menggariskan1. menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2. membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim.Kamus Pelajar
digitLambang asas yang digunakan dalam sistem pernomboran. Misalnya, sistem perpuluhan mempunyai sepuluh angka asas , iaitu 0 hingga 9, manakala sistem perduaan mempunyai dua angka asas, iaitu 0 dan 1.Kamus Komputer
asas pelengkap(complement base)Asas atau radiks bagi nombor lengkapan.Kamus Komputer
atom1. Unsur paling asas bagi sebarang struktur data. Unsur ini boleh berbentuk rekod yang mempunyai satu data medan atau lebih. 2. Unsur paling asas atau terkecil yang membentuk butiran dalam senarai. Misalnya, dalam senarai [komputer, pencetak, tetikus], butiran 'komputer', 'pencetak' dan 'tetikus' merupakan atom.Kamus Komputer
asas1. tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2. apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini ialah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1. menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2. mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb).Kamus Pelajar
pautan asas(basic linkage)Atur cara yang digunakan berulang kali untuk mengaitkan dua atur cara atau dua rutin menjadi satu. Pengaitan ini mengikut peraturan tertentu yang telah ditetapkan.Kamus Komputer
kod asas(basic code)Atur cara yang paling minimum yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi tertentu.Kamus Komputer
jalur asas(baseband)Jalur frekuensi yang diduduki oleh isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses secara pemodulatan.Kamus Komputer
1234567

Kembali ke atas