ATM | kep Automated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yg memberikan khidmat juruwang secara automatik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ATM | Singkatan bagi automated teller machine. Lihat juruwang berautomat. | Kamus Komputer |
nombor pengenalan diri | nombor rahsia yg diperuntukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk mengeluarkan wang tunai melalui ATM: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nombor | tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg diperuntukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk mengeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ pengoksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) menombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |