Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pepasanganist sistem yg terdiri drpd perkakas atau alat-alat (spt wayar elektrik) yg telah dipasang; sesuatu yg dipasang (terutama perkakas elektrik): Sebarang sambungan kpd ~ yg ada hendaklah dilakukan oleh kontraktor penyambung wayar yg berdaftar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
talian1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon;Kamus Dewan Edisi Keempat
pepasanganist sistem yg terdiri drpd perkakas atau alat-alat spt wayar elektrik dll) yg telah dipasang; sesuatu yg dipasang (terutama perkakas elektrik): Sebarang sambungan kpd ~ yg ada hendaklah dilakukan oleh kontraktor penyambung wayar yg berdaftar.Kamus Pelajar
antara muka(Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk mem­boleh­kan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyam­bungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan mak­lumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ peng­guna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghu­bung­kan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung.Kamus Dewan Edisi Keempat
pautan1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geganti elektrikalat atau suis elektrik dlm sesuatu litar yg menggunakan sedikit arus utk membuka atau menutup sambungan elektrik dlm litar yg sama atau dlm litar yg berlainan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gegantiist 1 = ~ elektrik alat atau suis elektrik dlm sesuatu litar yg menggunakan sedikit arus utk membuka atau menutup sambungan elektrik dlm litar yg sama atau dlm litar yg berlainan. 2 bahagian tengah roda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanggamsambungan kayu yg di­beri bertakuk-takuk supaya dpt dihu­bungkan rapat-rapat serta kukuh: ~ bajang; ~ lekap; ~ puting. bertanggam bersambung rapat (dgn tanggam); ada tanggamnya. menanggam me­nyambung kayu dsb dgn tanggam. penanggam alat (mesin dsb) utk membentuk tepi-tepi kayu supaya dpt ditanggam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lidah I1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu men­jelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluar­kan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah­ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkut­sangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat­-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pen­diriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang III; memasang 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. memasangi memasang pd atau di: ~ siling dgn kipas. memasangkan 1 menyebabkan sesuatu dilekatkan pd. 2 memasang sesuatu utk. terpasang sudah dipasang atau dipasangkan: Lampu berwarna-warni ~ di keliling rumah. pemasangan perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. pemasang orang yg memasang sesuatu: ~ paip. pepasangan ist sistem yg terdiri drpd perkakas atau alat-alat (spt wayar elektrik) yg telah dipasang; sesuatu yg dipasang (terutama perkakas elektrik): Sebarang sambungan kpd ~ yg ada hendaklah dilakukan oleh kontraktor penyambung wayar yg berdaftar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas