Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar = kaum ~ orang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ansar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
AnsarAr = kaum ~ orang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaum Ansarorang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali.Kamus Dewan Edisi Keempat
teguh1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas